AT - 10 -TION

kepada sesiapa yang melawat blog ni jika ada yang ingin dikongsi,komen anda sangat dialu-alukan.terima kasih :)

Followers U Rock

Friday, 17 June 2011

pemaaf





bukan mudah nak jd seorang yang pemaaf, tapi hati dalaman kita saja yang tahu kan.

“Iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya samada di waktu senang atau susah dan orang-orang yang menahan kemarahan serta memaafkan kesalahan orang lain” (Ali Imran : 134)

diam tanpa berkata apa apa salah satu cara terbaik utk kita tidak melukakan diri kita sendiri. tapi kadng2 keperitan yang di rasai hanya kita yang tahu. bak kata lecture bmw, selepas bertahun dia x pernah nak marah anak murid dia sebab dia cuba memahami tanggjwb seorang pelajar yang ada byk assgmnt.. akhir sekali dia mengambil jalan utk, terus bercakap dan lepaskan segala keluhan atau perasaan di hati terhadap murid itu.tp secara rasional la kan... akhirnya dia berasa lebih lega, dan x bawa perasaan tu ke rumah. aku juga percaya cara itu cara terbaik.

tp disebabkan kita nak menjaga hati org yg kita syg, keluarga kita, kekasih kita, sahabat baik kita, kadang2 perkara tu amat sukar di lakukan.percaya atau tidak. tepuk dada tnya hati =)

ada satu tragedi di mana, satu mlm saya sendiri nak pergi mngerjakan ibadah umrah. tah kenapa tiba2 ada org yang menyinggung perasaan saya. saya cuba menjaga sepanjang perjalanan.. dek kerana tak tahan, beristighfar dlm hati sekuatnya. alhamdulillah.. terasa agak lega. sebabnya? kita percaya allah jer dpt lembutkan hati kita..

..kadang2 perkara sebegini tak dpt kita lari bila kita dlm keadaan stress, jiwa kacau dan sebagainya.... saya sendiri dlm keadaan sebegini menjadi amat lemah dan tak kuat. sokongan dari rakan2 sedikit sebnyk membantu saya melupakan permasalahan yang ada. walau kita tahu kawan bukan utk selamanya. jd carilah sahabat yang ada bila susah dan senang. jangan bila senang jer baru kawan.

tips dr fadzilahkamsah, memaafkan semua org sebelum tdo perlu di amalkan oleh kita semua. x percaya jom try buat sama2. jommmmmmmmmmmmmmm

p/s:tp bila dah memaafkan susah kita nk ada kan trust balik dgn org tu.betul kan?this is totally me

No comments: