AT - 10 -TION

kepada sesiapa yang melawat blog ni jika ada yang ingin dikongsi,komen anda sangat dialu-alukan.terima kasih :)

Followers U Rock

Tuesday 23 October 2007

raya lagi ker??




..raya kali ni buleh dipanggil sebagai raya webcam. Sebabnya malam raya , 1 syawal kitaorg berwebcam ngn keluarga di malaysia. Walau ada sedikit sayu di hati namun terubat la jugak rindu..ahahks. maap emo sila ketepi .

memula nk buat citer pasal raya tapi akhirnya mood dah x der.ngeee.
ari tu aku cuba dapatkan sorang untuk mentafsir tarikh lahir.harap maklum ni bukan kes menilik atau ape..eheh.
saje nk test.kata org tu dia belajar dr seorg encik yg nama nye aku x pasti tp agak pandai dari segi menilai.
..ingt ini hanya lah test untuk saje saje yer..huhu

ni la sedikit petikan jawapan yang dia bagi padaku:
perlu byk perancangan dlm diri untuk berjaya.

huhuh..mendpt jawapan nya agak puas hati. betul ke x de perancangan?atau
ade perancangan tp x dibuat?..ngee tu betul jugak..adeh..
stress tul..
erm..ditambah dengan malsah yang x dpt ku atasi iaitu malasah seorg manusia yang x dapat memahi bahasa,malah mengugut seakan lupa akan kenikmatan yang allah dah bagi.. patut ke aku kata ade manusia yang bertopeng kan syaitan ??nauzubiilah..
jauhkan aku dari syiatan durjana.

persoalan yg sekrg bermain dalam fikiran cammana nak elakkan dari senang percaya? best ke bila senang percaya kat orang?
perlu ke elakkan senang caya?..mesti perlukan. tapi camamna eak?..
percaya ke tak percaya?hakikat atau sebaliknya?
adeh..ape benda la percaya2 ni??..

ape pun untuk sape2 yang baca..jgn mudah percaya akan sesapa.percaya diri anda sendiri dan yang selalu aku cuab2 ingtkandiri aku dikala kelupaan.. sentiasa yakin dengan ALLAH

sedikit renungan ...

Setiap mukmin perlu meyakini bahawa janji Allah adalah benar.Justeru,kita perlu yakin dengan pertolongan Allah.munajat dan panjatkan doa kepada-Nya dengan penuh azam dan harapan yang seterusnya diiringi dengan usaha dan tawakkal.Banyakkan membaca Al-quran kerana hanya dengan mengingati Allah,jiwa akan menjadi tenang.

Friday 12 October 2007

selamat hari raya 1

selamat hari raya untuk semua..

tak buleh nak type panjang..
tp ari ni best sebab dapat cakap ngn mama.abg yeh.kakpiah n pecial maisarah.
dapat tgk suhail cute giler.. my new niece. dah sethn dia..
..adeh..esok dah nk raya..
cepat tul masa lalu..
mohon ampun dan maaf yer rakan2 jika ada salah dan silap
atau terkasar bahasa yg terasa di hati.maaf zahir n batin
nnti sempt update tulis yg best sikit k.. =)

**sedey2..x dpt raya ngn mama abah =(
**raya kedua umah terbuka KOT untuk di masyarakat melayu terdekat.yay!insyallah

Friday 5 October 2007

taraweh di masjid


Gambar di atas ni merupakan gambar masjid Abu Bakr yang terletak di middlesbrough.
Sebelum ni penah dah kitaorg g solat kat msajid ni,tp semalam merupakan first time g masjid tu untuk solat taraweh.
Kebanyakkan jemaah terdiri daripada golongan arab.Diorg ada sediakan tempat unutk kaum wanita solat..berbeza
dengan masjid pakistan selalunya x de tempat untuk kaum wanita solat.

Pengalaman solat kat masjid ni mmg akan ku ingt smpai bila2.Time tengah solat taraweh,salah seorg wanita didepan saf aku nagis teresak-esak (bukan tgktau :p ) ..terbukti dia memahami apa yg diperbacakan oleh imam, maklum la org arab kan paam..masyallah.bestnyer..
( hope aku leh jd mcm tu one day)
.. aku yg dibelakang ni pun turut merasa akan ayat2
al-quran tu..walau aku x paam..tp dpt aku tangkap sikit2.

[a]Membaca al-Quran secara khusyuk dengan menangis kerana sentuhan pengaruh ayat yang dibaca yang menyentuh jiwa dan perasaan.Dalam hal ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Bacalah al-Quran dan menangislah, apabila kamu tidak menangis maka usahakan menangis kerana ayat yang engkau baca.” (Hadis Riwayat: Al-Bazzar)

Allah s.w.t juga menjelaskan sebahagian daripada sifat hamba-Nya yang soleh dengan firman-Nya yang bermaksud:

“Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk.”
(Surah Al-Isra’: Ayat 109)

____________________

[a]petikan ini dipetik dr artikel Adab membaca al-qurab ttuyub.wordpress