you tube DEMI MASA
Dalam kesibukan ujung minggu.aku curi masa sikit type kat blog ni.Kat atas ni ada video bebudak indon yg dok di jepun nyanyi lagu raihan.Agak sedap nyanyi diorg ni.Kalo betul2 kita dengar dan nikmati memang boleh menginsafkan diri.tambah bulan puasa2 ni..huhuhu
Dua ari yang lepas,aku dapat berita yang salah satu rakan kakak aku yang tinggal di coventry,husband dia mendapat sakit kanser perut.Keadaan suami dia yang agak kritikal dlm beberapa bulan ni akhirnya terjawab.Terasa sedih, kesian dan macam2 lagi.Aku mendoakan semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan.
bagi mengkongsi dugaan yang menimpa family tersebut, masyarakat melayu di Durham yang mana termasuklah kami sekali telah membuat kutipan derma sedikit bg membantu keluarga.
Semalam jugak ada jamuan berbuka puasa.Ramai jugak org melayu disini ingtkan x ramai.Best la jugak.Aku sempat make some friends.yaahhoo..!!
Berbalik pada tajuk yang asal.Ramadhan kali ni betul aku dapat rasa, yang mana malam2 sebelum ni jarang aku mengabdikan diri kepada-NYA..alhamdulillah dpt aku buat.Ingat lagi aku pesanan abah setiap kali ramadhan suruh habis kan quran sekuran-kurangnya sekali.Mulut ja cakap ya...tp buat sedaya upaya tu..x de pun..adeh.terukkan...
Apa pun syukur alhamdulillah aku dpt kesedaran.So,aku cuba dengan masa lapang yang ada ni.
Aku yakin ramai jugak yang tertunggu-tunggu malam lailatul qadar kan.Beberapa hari yang lepas ada aku baca tentang lailatul qadar yang mana ....
Daripada Aisyah r.a meriwayatkan bahawa rasullullah s.a.w bersabda: " Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil di dalam sepuluh hari yang terakhir daripada bulan ramadhan"