AT - 10 -TION

kepada sesiapa yang melawat blog ni jika ada yang ingin dikongsi,komen anda sangat dialu-alukan.terima kasih :)

Followers U Rock

Sunday, 30 September 2007

demi masa




you tube DEMI MASA

Dalam kesibukan ujung minggu.aku curi masa sikit type kat blog ni.Kat atas ni ada video bebudak indon yg dok di jepun nyanyi lagu raihan.Agak sedap nyanyi diorg ni.Kalo betul2 kita dengar dan nikmati memang boleh menginsafkan diri.tambah bulan puasa2 ni..huhuhu

Dua ari yang lepas,aku dapat berita yang salah satu rakan kakak aku yang tinggal di coventry,husband dia mendapat sakit kanser perut.Keadaan suami dia yang agak kritikal dlm beberapa bulan ni akhirnya terjawab.Terasa sedih, kesian dan macam2 lagi.Aku mendoakan semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan.
bagi mengkongsi dugaan yang menimpa family tersebut, masyarakat melayu di Durham yang mana termasuklah kami sekali telah membuat kutipan derma sedikit bg membantu keluarga.
Semalam jugak ada jamuan berbuka puasa.Ramai jugak org melayu disini ingtkan x ramai.Best la jugak.Aku sempat make some friends.yaahhoo..!!

Berbalik pada tajuk yang asal.Ramadhan kali ni betul aku dapat rasa, yang mana malam2 sebelum ni jarang aku mengabdikan diri kepada-NYA..alhamdulillah dpt aku buat.Ingat lagi aku pesanan abah setiap kali ramadhan suruh habis kan quran sekuran-kurangnya sekali.Mulut ja cakap ya...tp buat sedaya upaya tu..x de pun..adeh.terukkan...
Apa pun syukur alhamdulillah aku dpt kesedaran.So,aku cuba dengan masa lapang yang ada ni.
Aku yakin ramai jugak yang tertunggu-tunggu malam lailatul qadar kan.Beberapa hari yang lepas ada aku baca tentang lailatul qadar yang mana ....

Daripada Aisyah r.a meriwayatkan bahawa rasullullah s.a.w bersabda: " Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil di dalam sepuluh hari yang terakhir daripada bulan ramadhan"


Wednesday, 19 September 2007

selepas 3 bulan


selepas 3bulan..akhir aku type balik disini.salam ramadhan almubarak buat semua..
dalam masa aku x type ni..sebenanya aku dah pun pindah umah. sekarang dah merantau pulak ke north east england. berbeza sungguh keadaan disini dgn tempat yang aku tinggal dlu.
dlu penuh dgn orang islam..tapi kali ni..semuanya orang putih ja.. nk cerita panjang..rasanya lewat sngt..-n- line jugak agak slow.. so...pasni aku betul2 cuba akan update selalu n benda yang lebih berguna dan dapat dikongsi.
adios..

Sunday, 13 May 2007

setelah sekian lama

..(sambung dr tajuk dia atas) ..aku pun update la blog neh..
kebetulan bukak lepas ali ajak usha blog dia..lama jgk ku tak usha blog member2 yg lain..waaduuh..

hari berganti hari dah masuk bulan 5.cepat sungguh masa berlalu.kata org dunia dah nak kiamat...sebulan bagai sehari,setahun bagai sebulan... cuaca sini semestinya x ketahuan hala lagi..dah nak pun masuk summer tp still x tentu..buleh jadi pagi winter ..mlm summer.
ape pun mari baca sms dr sorang member gila2 aku nazia yg berbunyi:

"Good morning.its nazthespaz giving u ur sunday forecast!atm dark clouds in the sky which meansterrential shower&high winds causin a tornado so best stay inside! 4 more info pres "12 if not then tx "f*** off" to stop ur subcription 4 these tx :D "

ahaha..tergelak aku pepagi..buat lawak..dia nk g keje..sempat kaco org.. however. icant reply..no credit bebeh..huhu..
-end of story for today-

APRIL 07
~april x sempat ku update..so nak story sikit. the best thing happend adalah pegi ke manor advanture camping..best siot.dapat pengalaman baru.also celebrate besday kat sana ..yang terharu all friends in malaysia still remember me.they send tx yang mana susah aku nk replay bcoz x der line.yang mana ade tu sempat2 jer ku replay.ape pun thanks to all my friends.love y`ll.masa kat camp x de sape tau my besday until kitaorg nye last activity kena buat barisan ikut umo n besday..hhu...time tu diorg naynyi lagu besday...terharu..so also thanks to my group.. gamba g camp ade nnt la upload len k..wuuhu..nnt nak g la camp..

~dalam april jugak tok wan tersayang telah kembali ke rahmatullah.al-fatihah buat allahyarham..semoga allah mencucuri rahmat ke atasnya...sedey ttp rasa dihati selepas dua tahun da x jumpa..ingt sempat end of this year..tpallah lebih sygkan dia..
allahyarham telah meninggal di rumah mak cik di putrajaya..alhamdullah buleh sekali dikebumikan di tahanh perkuburan sekali dgn allahyarham isterinya jugak di situ..
abah turut sedey akan kehilangan ayahandanya.nak balik dah x sempat..jd abah hantarkan wakil abg cop n kak piah...

~..turuf aku try test ambik exam ari tu..sorang jer exam..huhu..x sangka.. fobia aku terhadap exam wa sampai sejuk ke petang..ahahah..x per la..aku agak failed nnt ambik lagi november..kwn2 make doa for me.. =)

..so far,so many things jadi..baik buruk..semuanya ada hikmah allah dah letak..
paling kena ingt..smlm kena tegur ..someone said i have to change.huhuh
agagaga...i try bebeh..
-n- untuk jauh di sana..thanks sbb still remember me,thanks for sms n ym together for quiet many times in this 2 weeks.thnks n sorry.

aaaaaaaaaaaaaaa...ujan lagi di luar......

Tuesday, 10 April 2007

truth doa from a man in front of kaabah

PERKAHWINAN SATU AMANAH..toing..toing..

KUALA LUMPUR: Siapa sangka, seorang isteri berperawakan lemah lembut, bertudung labuh dan kuat pegangan agama rupa-rupanya bertuankan nafsu apabila sanggup menjalin hubungan sulit dengan suami orang.


Padahnya, dia dicekup suami dalam keadaan hanya memakai baju tidur tanpa coli manakala pasangannya tidak berbaju, sekali gus membawa kepada runtuhnya rumah tangga yang dibina selama 10 tahun.
“Nyata doa saya ketika di Makkah supaya Allah SWT menunjukkan kebenaran di dalam rumah tangga saya termakbul. Saya bukan mahu memalukan bekas isteri, tapi ingin berkongsi pengalaman supaya menjadi iktibar kepada orang lain,” kata Azman, 30-an.


Ikuti pengakuan Azman sepenuhnya:
“TERUS terang saya katakan, sepanjang hidup bersamanya, tidak sedikitpun saya meragui kesetiaannya. Saya yakin dia setia kepada saya memandangkan perkahwinan kami atas dasar suka sama suka.Ketika bersusah payah membangunkan perniagaan, dia menjadi inspirasi dan semangat untuk saya. Tanpa dia, mungkin saya tidak mampu mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan.


Lebih daripada itu, saya yakin, perawakannya yang lemah lembut, bertudung labuh dan latar belakangnya yang kuat pegangan agama tidak mungkin membuatkan dia sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi hukum agama.Dia melayan saya dengan sepenuh tanggungjawabnya sebagai isteri. Apa saja permintaan saya dia akan penuhi.


Kami bertambah bahagia apabila dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia sembilan tahun.Namun, ketika perniagaan saya berkembang dan kami sekeluarga mengecap kesenangan, ada rakan memberitahu pernah melihat isteri saya bersama lelaki lain dalam keadaan mencurigakan.Ketika itu memang saya tidak percaya langsung dan akibatnya saya bertumbuk dengan rakan yang menyampaikan maklumat itu.
Begitupun, cerita mengenai kecurangan isteri saya tidak pernah tamat kerana ada saja rakan menyampaikannya kepada saya.Antara yang paling menyakitkan hati ialah ada yang memberitahu, isteri saya membuat pengakuan bahawa dia sudah berpisah dengan saya.Dalam keadaan sedemikian, saya masih bersabar dan membuang perasaan curiga terhadap isteri. Saya tetap melayannya dengan baik dan pada masa sama dia juga begitu.


Pada Ramadan tahun lalu, saya ke Makkah mengerjakan umrah dan di depan Kaabah saya berdoa supaya Allah SWT terus merapatkan hubungan saya dan isteri. Pada masa sama saya juga memohon kepada Allah supaya menunjukkan kebenaran jika ada kekurangan dalam rumah tangga saya.Pulang dari Makkah, saya menghadiahkan isteri gelang kayu Kokka. Tidak lama selepas itu rakan memberitahu, lelaki yang dikatakan menjalin hubungan sulit dengan isteri saya ada memakai gelang sama.
Apa disampaikan rakan saya memang benar kerana tanpa pengetahuan saya, isteri saya menghadiahkan gelang berkenaan kepada lelaki itu.Saya memang sakit hati tetapi kerana perasaan sayang masih menebal, saya buat tak tahu saja.Bagaimanapun, pada satu malam doa saya dimakbulkan Allah apabila saya bagaikan diberi petunjuk mengenai kecurangan isteri.Entah bagaimana, ketika itu tidak semena-mena kereta yang biasa saya gunakan rosak secara tiba-tiba dan saya pulang ke rumah menggunakan kereta lain.


Tidak seperti kebiasaan, saya pulang awal sedikit. Ketika sampai di rumah, saya melihat kelibat seorang lelaki keluar dari pintu belakang dan menguncinya.Berderau darah saya ketika itu dan dengan menggunakan segala kudrat yang ada, saya mengejar dan berjaya menangkapnya.Ternyata, dia adalah lelaki seperti digambarkan rakan saya. Dalam keadaan tidak berbaju, saya mengheretnya ke dalam rumah dan ketika itu isteri saya dalam keadaan kusut, memakai baju tidur tanpa coli. Saya periksa bilik dan mendapati katil ‘bersepah’
Tanpa sedar, air mata saya mengalir dan benarlah apa yang diberitahu rakan selama ini. Sudah jelas, isteri saya curang. Jika bersama lelaki lain di dalam rumah dalam keadaan mencurigakan, apa lagi yang mereka lakukan jika tidak membuat maksiat?Namun, seperti orang tidak bersalah, kedua-duanya berbuat muka selamba. Isteri memberi alasan lelaki itu datang ke rumah kerana mahu membetulkan paip.Apabila diperiksa, ternyata isteri saya berbohong apabila paip rumah saya tidak rosak dan lelaki itu tidak pula membawa peralatan membaiki paip.Seperkara lagi, lelaki itu masuk ke rumah secara bersembunyi berikutan keretanya diletakkan jauh dari pekarangan rumah.


Bengang dengan reaksi mereka, saya bawa mereka ke balai polis dan membuat laporan. Sedikitpun mereka tidak menunjukkan perasaan takut. Kesudahannya mereka dilepaskan selepas dijamin keluarga masing-masing.Sejak itu, kami duduk berasingan hinggalah kami bercerai baru-baru ini. Saya mendapat hak penjagaan anak.
Apabila difikirkan kembali, apa salah saya sehingga dia sanggup berbuat begitu. Hendak apa saja saya berikan. Malah satu ketika dia pernah berkata kepada anggota keluarga saya, dia tidak tahu hendak membeli apa lagi kerana semua benda boleh dimilikinya.Keluarga saya memang kecewa, apatah lagi ibu saya. Dia adalah menantu kesayangannya, tetapi apa yang berlaku benar-benar mengejutkannya.


Keluarga bekas isteri pula meletakkan kesalahan di atas bahu saya. Mereka menyifatkan saya terlalu cemburu.Saya hairan, adakah perbuatan bekas isteri saya melakukan maksiat bersama lelaki lain dan saya sendiri yang menangkap mereka perlu dimaafkan?”


for me..all these modern world.. buat aku lagi susah nk trust people.. kopiah..rock ker..ha pe ke..adeh dlm kita tak tau.. ape pun trust your selfrite..huhu..
peace~
:::aku ambik kat blog org..kaung..kuang..:::but ori from metro

Monday, 26 March 2007

summer

outside agak warm..yeah..summer dah nak begann.... huurrraaayyyy!!!
..there's some last post ku deleted..heheh..tah naper rasa cam nk deleted.
ade mcm2 hal best jadi..yg paling best bangun tdo dpt bau nasi goreng..
nyum nyum..alamat berat makin naik..ahha..x kesah janji rock =p

rite now i kinda busy on weekdays pasal buat soket.target 10 kotak seminggu.
satu kotak = 400 soket..ngeh ngeh..3 org buat.so alahmdulillah dpt 10 kotak..fuyooo
penat tu ade gak..tp semangat betul pak aji tu nk buat..ekeke..

study bulan ni agak kurang pasal dok kalut benda alah tu..x leh jd.esok kena start balik.
..minggu last sekolah pastu ade 2 minggu cuti ester.2/4 -4/4 (berubah manjadi manjadi tua)
ade camp kat manor advanture..wa x sabar nk g..hehehe..
mcm baisa aku geng ngn shaz..dok sekali bilik ngn dia..yeye...


buat encik pokko salah seorg yg usha blog ni..good luck yer..-n- zul to u keje bebaik..

Monday, 19 February 2007

light blue

just like every day.monday..lagi. but another date. yeah baby. i got news its going to be 15/12. . at that time,from our side will dress in light blue. fuuyoo..cant wait. we stay at kl first then go back to perlis. maybe too early to tell but this is the plan. fuh! hope everything will be fine from both side. and yeah i have to work more..to get money. otherwise who will pay my belanjawan?huehuehue....is it money for life? bla bla..nk hidup..like this la..
and i was thiking should i do surprise for him?hoho..i have to ask somebody to gang with me and surprise him..... ha dah subuh..mari kacau people kat mesia. ngeh ngeh..

*i also call nabila today..glad to hear she was fine.and for her i love u.ur my bestfriend ever.

Sunday, 18 February 2007

manis.sakit perut.

kalo aku makan manis..mengakibatkan sakit perut.begitu juga dgn meminum teh O akan mengkibatkan aku mendapat penyakit ke jambantan....

pagi2..bangun buat breakfast..vacum..buat essay..tiba2..naik atas membetulkan speaker kat pc neh..
dah abeh pebetul tiba2 terdengr mak cik kamariah (bukan nama sebenarnya) mengkuatkan nada suaranya terhadap suaminya..adeh..terasa **** apabila aku dngr suara2 gaduh antara dua laki bini..

betul tak ganjil tak penah kulihat parent ku gaduh dihadapan anak2 kesayangan..adakah aku akan mengikut jejak langkaj mereka?tu la harapan aku..ekekek..ape yg pasti aku nk katakan adalah benci sungguh akan gaduh2 antara manusia ni..mcm kata peace is free...bukan kata tak leh gaduh tp..biar la tgk keadaan sekeliling..
ape kejadah gaduh pagi2 laki bini..g balik bangla la...
bla...bla...

kesimpulan tentu hala:
**jgn gaduh laki bini depan anak .. x baik utk kesihatan keluarga.
***mama abah i love u

*peace no war

Saturday, 17 February 2007

emo shit

minggu ni amat la menggeramkan akan manusia yg menindas peluru tanpa arah tuju.bak kata mcm x dak otak diorg ni.tp hakikat tu la manusia tak sama..berbeza pendapat..fikiran dan lain-lain...adakah ni spekulasi blog lepas geram?..eheh..tah la aku pun tak tau..
apa yg pasti mcm kambeng x mandi ja org2 lepas geram keatas org...weng..g balik bangla la..
ish ish..geram kan..nk maki sebetul2 kot sat g bangun tido jadi bisu?..ekekek..

bla bla..minggu ni adeh bz mcm nk mampos lagi..assgmnt mlm ni nk buat esok type.isnin pos.fuh!!harap jadi la..adeh..dtg dah setan nk letak mekap kat mata neh..(skit2 aku terasa ngntuk.. *zz..zzz.zz.
kejadian minggu lepas tgh aku rilek2 smbil dok keje..buzz..buzz..bunyi vibrate kat poket..aku angkat."allo.."..balasannya.."..balik umah..accident..**** nak kena p hospital ada ambulance..".
tiba2 jangtung dup..dap..dup dap..aku gtau Rita (selaku manager kanak-kanak rabina) kata kena balik..fuh nasib la bueh..semengnya selalu dia baik bangat...
aku mencapai coat..keluar2..mak ai..snow lak..adeh..cammana nk lari?kang aku lak jatuh..ngeh ngeh..jalan punya la laju..dsebbkan lupa bawa basikal power rangers..akhir smpai umah..seluar basah kuyup..tuptup..mak ai..tu la yg terjadi minggu lepas..ape pun.
kereta tak dpt diselamatkan n org dpt dieselamatkan..cuma kecederaan kaki..mengakitbatkan capit...
..ada lagi news...wan masuk hospital.adeh aku really feel sorry for him..n sure for not being by his side..for all these years...abah nmpknya really worrie about him..what can i said..this happen to semua org bila dah tua..kata abah..thats y kita kena jaga amalan bila muda2..
..tup..dtg kat fikiran aku.."cukup ke amalan aku neh?ekkekek..abeh la...[smil garu2 kepala].."
hohohoh..ada lagi news...tok aku yg gagah telah jatuh dan terkeluar bahu dia?fuh!power la..ari tu tgn..ni bahu pulak..ehehe..hope dia getting better n.miss u grandma..
..adeh..dtg dah hantu2.nk blah aku..
bla bla..
shit la emo